**Mengambil vitamin dan makanan tambahan anda tanpa/sebelum makanan atau apabila anda selesai makan?
- secara lazimnya, adalah baik untuk mengambil vitamin dan mineral tambahan selepas makan.Badan kita memerlukan makanan untuk membantu menyerap vitamin dan mineral, dan tanpanya kita mungkin mengalami gejala seperti loya, sakit perut atau ruam.
**Pisang besar mempunyai lebih kilojoules daripada saiz pisang kecil (357kj) sahaja,pisang besar sudah tentu lebih baik untuk anda!
**Makan banana bread untuk sarapan pagi atau tidak makan apa-apa langsung?
-Hidangan sarapan pagi yang tidak sihat seperti banana bread adalah tidak mempunyai khasiat dan tinggi lemak tepu serta gula.Walau bagaimanapun, mempunyai sesuatu untuk dijadikan sarapan dan memulakan hari anda adalah lebih baik daripada tiada makan langsung kerana ia dapat memastikan metabolisma kita dibakar dan mengurangkan selera makan di kemudian hari.
**Mengambil lebih ubat penahan sakit dua jam selepas dos pertama jika anda masih mempunyai sakit kepala atau menunggu ia dicernakan dan dikeluarkan?
- terdapat berlainan jenis ubat penahan sakit anda boleh diambil untuk sakit kepala.Jika sakit kepala masih berterusan selepas dua jam mengambil ubat penahan sakit, mungkin lebih berkesan untuk mencuba jenis ubat penahan sakit yang berbeza.Juga, cuba untuk tidak mengabaikan keberkesanan untuk mengekalkan penghidratan dan tidur dengan tenang dibilik yang sejuk serta bilik gelap.Selalunya cara ini tidak merawat sakit kepala 100%. Apa yang penting ialah mencari punca sakit kepala.
**Berjumpa doktor apabila anda berfikir sesuatu yang tidak kena atau membuat penyelidikan terlebih dahulu di internet untuk memastikan ia cukup serius untuk melakukan pemeriksaan.
-Internet adalah merupakan cara penting untuk mendapatkan maklumat perubatan, tetapi sering memaparkan maklumat yang tidak tepat.Diagnostik perubatan lebih kompleks dan tepat, jadi adalah amat penting untuk mendapatkan nasihat profesional jika anda merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Adalah lebih bermanfaat (dan selamat) untuk mendapatkan nasihat doktor dan memberitahu anda gejala tersebut merbahaya atau tidak dan bukan untuk anda menganggap serta mempercayai Google 100%.
**Makan makanan yang sihat dan bersenam atau makan sihat tetapi tidak pernah bersenam?
- Makan secara sihat tetapi tidak pernah bersenam jika anda ingin menurunkan atau mengekalkan berat badan tetapi tidak jika anda ingin mendapatkan bentuk badan yang ideal seperti model atau ahli angkat berat/bina badan.Makanan yang tidak sihat juga boleh menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang serta kekurangan nutrien, yang boleh membuat anda berasa lembap dan letih (melakukan senaman secara kerap adalah lebih sukar untuk dilakukan). Ingat, jika anda ingin selalu sihat apa yang terbaik adalah melakukan senaman dengan kerap dan makan makanan sihat.
**END**
No comments:
Post a Comment