Saturday, August 10, 2013

Kenapa angsa garang?

Angsa adalah tergolong dalam keluarga itik dan burung. Ia adalah burung air yang besar lagi berat. Angsa adalah terdiri dalam satu suku keluarga Anatidae. 
    Ia mempunyai kulit renang pada kakinya dan mempunyai leher yang panjang. Kakinya terletak betul-betul di tengah badanya dan ini membolehkan ia berjalan dengan mudah didarat.
        Angsa memakan rumput, biji-bijian, bijiran tumbuh-tumbuhan kecil, serangga dan haiwan-haiwan air yang kecil. Ia bertelur sebanyak 3 atau 6 
biji sekali bertelur.
    Kebanyakan angsa mempunyai pasangan yang kekal. Sewaktu angsa betina bertelur, angsa jantan akan menjadi pengawal yang paling garang. Ia akan menyerang sebarang musuh yang cuba menggangu mereka. Angsa jantan mempunyai kepak yang sangat kuat sehingga boleh membunuh anjing dan mematahkan kaki manusia yang cuba menggangu angsa betina yang sedang bertelur itu.*0*!
     Angsa liar yang terbesar ialah Angsa Kanada (Branta Canadensis). Ia membuat sarang di kawasan utara Amerika Syarikat dan Kanada dan 
kemudiannya terbang ke selatan dalam musim dingin. Warnanya perang kecualikepala dan lehernya yang bewarna hitam dan terdapat sejalur warna putih melalui tengkuk dan pipinya. 
     Angsa liar yang lain termasuklah Angsa Biru, Angsa Salji, Braut dan  Braut Hitam. Angsa yang banyak dipelihara oleh manusia adalah berasal daripada Angsa Graylag Eropah. Lebih besar daripada angsa liar, berkaki pendek dan 
kebanyakannya tidak boleh terbang lagi. Angsa-angsa ini cerdik dan sangat disukai sebagai haiwan peliharaan. Dalam keadaan jinak atau terkurung, angsa dapat hidup sehingga 50-60tahun.












**Oww~Baru tahu...







No comments:

Post a Comment