Friday, August 9, 2013

Bagaimanakah kapal Titanic ditemui?

Titanic ialah sebuah kapal penumpang yang terbesar didunia pernah karam ketika membawa seramai 2,201 orang didalamnya.Kapal ini telah karam dalam tahun 1912 kerana telanggar ketul ais batu yang besar dikawasan tenggara Newfoundland.
     Kisah tenggelamnya kapal titanic ini telah menjadi sebuah cerita yang disebarkan dari mulut ke mulut hingga ke hari ini.Kenapa tidak, seramai 1,513 orang dari penumpangnya itu telah tenggelam bersama-sama kapal tersebut tanpa dapat diselamatkan.
  Kapal seberat 46,00 tan ini mempunyai dua 
tingkat  tempat penumpang dan pintu-pintu dibawah air yang sangat menarik.Ramai pelancong dari masyarakat berada di Eropah dan Amerika Syarikat telah menjadi penumpang kapal ini.
         Titanic juga dikatakan kapal yang pertama menggunakan panggilan kecemasan 'SOS' yang baru.
     Selepas 73 tahun Titanic berada di dasar laut,baru pada awal September 1985 ia dapat dikesan oleh sepasukan ahli sains Amerika Syarikat dan Perancis diketuai oleh Robert Ballard.
     Kapal tersebut ditemui tenggelam agak tegak menjunam di sesuatu kawasan tenggara Newfoundland.Tempat sebenar kapal Titanic 
ditemui ini masih dirahsiakan untuk mengelakkannya daripada pencari harta karun.
    Bangkai kapal Titanic ini ditemui setelah pasukan tersebut membuat penyelidikan ke atas dasar laut seluas 260kilometer persegi dengan menggunakan robot. Ia berjaya mengambil gambar-gambar dan merakamkan data-data melalui alat video untuk mengkaji kedudukan kapal Titanic itu.
   Kapal tersebut ditemui tenggelam agak tegak menjunam di sesuatu kawasan tenggara 

Newfoundland.Tempat sebenar kapal Titanic ditemui ini masih dirahsiakan untuk  mengelakkannya daripada pencari harta karun.
     Kapal tersebut ditemui tenggelam agak tegak menjunam di sesuatu kawasan tenggara Newfoundland.Tempat sebenar kapal Titanic ditemui ini masih dirahsiakan untuk 
    Robert Ballard, ketua pasukan penyelidik bangkai kapal Titanic ini merupakan orang yang paling gembira, kerana dengan penemuan tersebut akan dapat menyingkap banyak hal tentang bagaimana kapal tersebut yang sesetengahnya merupakan sebuah misteri terbesar selama lebih tujuh dekad. 

No comments:

Post a Comment