Wednesday, August 21, 2013

9 tabiat mendatangkan mudarat daripada kebaikan!

**Pekara asas agar tetap sihat kelihatan agak mudah untuk diikuti: Makan dengan baik, bersenam, mendapat tidur yang cukup dan anda perlu berada di landasan yang betul, bukan?Sering kali pilihan yang kita buat untuk manfaat kepada kesihatan kita,tetapi pada masa yang sama boleh menjadi sesuatu yang mencederakan kita dalam jangka masa panjang.
 1.Memberus gigi setiap kali selepas makan.
-Bergegas untuk memberus sebaik setiap kali selepas makan mungkin kelihatan seperti cara yang baik untuk menjaga kesihatan mulut anda, tetapi menurut Greg Diamond, DDS, New York City Periodontist, ia adalah lebih baik untuk tidak memberus gigi terlebih dahulu.Makanan boleh meninggalkan asid pada gigi anda, yang boleh melemahkan enamel, dan memberus ketika enamel berada dalam keadaan yang lemah sebenarnya boleh menggosok keluar enamel.Untuk meleraikan mana-mana zarah makanan yang mungkin melekat selepas makan hanya lakukan kumuran anda dengan air dan berus gigi pada waktu pagi, sebelum tidur sahaja.
2.Memakai kasut tumit tinngi.
-Menurut Jordana Szpiro, DPM,pakar penyakit kaki dan pakar bedah kaki di Boston, selipar dan kasut tumit tinggi yang tidak mempunyai sokongan struktur yang cukup untuk kaki boleh membawa kepada patah kaki kerana tidak mampu menampung tekanan serta cuba untuk menampung berat badan yang berlebihan.
3.Selalu menggunakan Hand Sanitizer
-Sekiranya anda sering menggunakan sanitizer tangan bila-bila masa anda keluar dan menyentuh benda awam, anda patut berhenti.Melainkan jika anda berada di tempat yang terutama mudah terdedah kepada kuman seperti di hospital, tetapi menggunakan sabun dan air adalah lebih baik.Kajian terbaru telah menunjukkan bahawa hand sanitizer yang mengandungi triclosan boleh menggalakkan kekuatan bakteria dan virus kepada ubat-ubatan antibiotik (sama juga dengan sabun tangan antibakteria yang mengandungi triclosan).
 4.Bereksperimen dengan produk-produk penjagaan kulit.
-Siapa yang tidak tergoda untuk membeli krim kulit terkini dan serums yang menjanjikan kepada pengurangan kedutan muka anda?Wanita mudah bosan dengan produk rutin kecantikan mereka, terutama jika mereka tidak melihat keputusan segera. Keberkesanan mengambil masa antara enam hingga lapan minggu untuk melihat perubahan.Pembeli mungkin akan membentuk kulit yang sensitif dengan mencuba terlalu banyak produk yang berbeza yang mempunyai tahap aroma yang tinggi.Elakkan selalu menukar produk kecantikkan anda.

 5.Tinggalkan makan malam/tengah hari.
-Wanita selalu melakukan tabiat untuk tidak makan pada waktu tertentu.Malangnya apabila anda tidak makan sarapan pagi atau makan tengah hari anda boleh meningkatkan ketagihan dan cepat marah, yang boleh membawa kepada makan berlebihan kemudian hari.Pendekatan yang bijak untuk makan: Masukkan makanan yang mempunyai protein penuh serta yang kaya dengan nutrien yang akan memastikan anda berpuas hati sepanjang hari, jadi apabila tiba waktu makan malam anda tidak akan tertarik untuk makan semua makanan yang penuh dengan lemak.
6.Menambah supplement dalam kehidupan seharian.
-Ketika datang kepada vitamin dan mineral, lebih banyak lebih baik, bukan? tidak semestinya.Jika anda sudah mendapat cukup apa yang anda perlukan, apa yang berlaku ialah makanan tambahan tidak akan meninggalkan kesan ke atas anda.Tetapi terdapat kesan sampingan yang lebih serius pabila tidak berhati-hati pengambilan vitamin: pengambilanVitamin A dalam jumlah yang besar boleh menjadi toksik kepada pembentukan janin, vitamin C dalam dos yang besar boleh menyebabkan kesukaran pencernaan serta mengganggu bacaan glukosa bagi yang mengambil ubat diabetes dan terlalu banyak vit.B6 boleh menyebabkan kerosakan saraf.
 7.Hanya meminum air beli didalam botol sahaja
-Dengan mencapai sebotol H20 anda mungkin berfikir anda sedang melakukannya kebaikkan kepada badan anda dengan mengelakkan air paip.Air botol tidak mengandungi fluorida, dan kita melihat lebih ramai orang dewasa mengalami kekurangan fluorida, yang boleh membawa kepada kerosakan gigi. Adalah lebih baik jika meminum air dari air paip tetapi ditapis terlebih dahulu mengunakan sistem penapisan air,ini kerana air paip masih membolehkan anda mendapat manfaat daripada fluoride.
 
8.Melakukan cardio dengan hanya bersenam
-Adalah mudah untuk menganggap bahawa cara terbaik untuk mengurangkan berat badan adalah untuk berpegang kepada senaman kardio yang sama, tetapi jika anda hanya melakukan kardio, badan anda akan menjadi begitu biasa dengan rutin yang telah anda biasa lakukan dan mula membakar kurang lemak dari masa ke masa.Tambahan pula, melalui pergerakan berulang-ulang pada mesin treadmill atau elips boleh membuat otot ketat dan menyebabkan kecederaan.Cuba melakukan 30 saat gerakan intensiti yang tinggi, sama ada anda berada di treadmill, mesin elips atau di kolam renang, diikuti oleh 90 saat pemulihan pada kadar yang sederhana, buat sehingga 10 ulangan.
9. Membersih dengan produk anti-kuman.
-Ketika memastikan rumah anda bersih dan bebas kuman mungkin kelihatan seperti jalan kepada kesihatan yang sempurna, menggunakan pembersih yang mempunyai ciri-ciri antibakteria atau membasmi kuman boleh memberi kesan yang sebaliknya.Sebaiknya gunakan produk yang biasa sahaja.Lain-lain kandungan produk pembersihan bahan kimia harus dielakkan termasuk 2-butoxyethanol, Environmental Protection Agency menganggap bahan kimia tersebut mungkin penyebab barah, kanser; Bahan kimia yang lain ialah etoksilat alkylphenol, yang boleh mengganggu hormon dan ethanolamines, yang boleh menyebabkan asma.

No comments:

Post a Comment