Saturday, August 17, 2013

Hilangnya seorang bintang muda 'GLEE'.

Baru-baru ini berita dunia Hollywood telah digemparkan dengan kematian seorang pelakon muda 'Glee' iaitu Cory Monteith 31thn, pada usia yang muda.Laporan mengesahkan Cory telah ditemui mati didalam bilik hotelnya, Fairmont Pacific Rim, Canada ditingkat 21.

Mayatnya ditemui oleh kakitangan hotel apabila dia terlepas daftar masa keluar(check-out), tetapi pada masa itu, beliau telah pun mati selama beberapa jam.Kakitangan kecemasan tiba pada masa tengahari, dan Cory telah diisytiharkan mati di tempat kejadian oleh paramedik
 Menurut laporan polis, tidak ada tanda-tanda perbuatan khianat, walaupun mereka tidak akan berbincang mengenai apa yang ditemui di dalam bilik.Cory telah keluar pada malam itu sebelum bersama kawan-kawan, dan dilihat pada video pengawasan rakaman kembali ke bilik hotel beliau di waktu awal pagi seorang diri.Cory baru sahaja melepasi hari terburuknya kerana beliau baru-baru ini menamatkan rawatan bagi ketagihan Bahan Pemusnah(subtances abuse)-dia sukarela diperiksa dirinya ke dalam pemulihan Mac tahun ini dan kelihatan telah jadi semakin sihat dan ceria kerana dapat dikeluarkan pada akhir april.Pada suatu ketika dahulu, pelakon yang memainkan watak Finn Hudson didalam 'Glee', telah membuka mengenai perjuangan beliau dengan dadah dan alkohol.

No comments:

Post a Comment