Friday, August 9, 2013

Aduhh!! Gatalnya!!**

gambar hiasan
*Gatal/Ekzema
Ekzema merupakan sejenis penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas secara serius terhadap punca yang mengakibatkan alahan.Ini yang menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan,gatal dan rasa pedih.
Pada tahap ringan kulit akan menjadi:
-kulit kering
-panas
-gatal
Bagi kes teruk pula:
-kulit akan merekah
-mengakibatkan pendarahan pada kulit
Faktor utama penyebab ekzema ialah peningkatan suhu dan kelembapan disebabkan cuaca.lain-lain fakor pula:
-bahan pencuci kasar
-logam dan kosmetik yang dipakai
-pencemaran alam sekitar
gambar hiasan
*Atasi
1.Pakai sarung tangan.
Sarung tangan plastik atau vinil boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit.

2.Kain kapas
Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi kulit.Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.

3.Sewaktu mandi
Mandi dengan hanya mengunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air.Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas.Berendam dalam tabs mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit.Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakan kekeringan.Seboleh-bolehnya rendam selama 15minit-20minit.Kemudian gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit.Jangan sesekali mengaru kulit.
4.Amalkan ubat doktor.
Apabila keadaan ekzema anda sudah bertambah buruk,gunakan ubat yang diberikan doktor.Jika perlu,dapatkan nasihat doktor segera sekiranya keadaan masih tidak pulih selepas 3minggu ubat itu digunakan.
gambar hiasan
5.Losen pelembap
Menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel.Elakan pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan.Bentuk krim ini sesuai untuk kulit bermasalah khasnya kulit kanak-kanak.Ini kerana kandunganya yang tidak berminyak dan mengandungi agen anti keradangan yang sesuai dengan kesan pelembap dan boleh manfaatkan kulit ekzema.Amalkan setiap hari.
gambar hiasan

6.Menggaru
Elakan daripada menggaru kawasan yang terdedah biarpun gatal.Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah.Sebaliknya,gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut.Memakaikan sarung tangan pada bayi mereka bagi mengelakan si kecil daripada menggaru.

7.Berpeluh.
Kepanasan  atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan kulit.Jika boleh,elakkan aktiviti yang boleh membuatkan anda terasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan.






**p/s:Jadi,teruskan tip2 ini biarpun selepas kulit anda sudah pulih sepenuhnya.^^,

No comments:

Post a Comment