Sunday, August 11, 2013

Makanan yang baik untuk minda dan memori.

Setiap orang akan mengalami keadaan dimana graf memori akan berkurangan dari semasa ke semasa. Ia kesan sampingan yang normal berpunca daripada stres belajar, tekanan kerja dan berkemungkinan besar akibat daripada peningkatan usia. Memori yang berkurangan dapat dikembalikan dengan mengambil makanan untuk minda antaranya:

1/Buah-buahan, sayur-sayuran,kekacang dan makanan kaya anti-oksidan.
Sel otak yang dipanggil neuron mudah terdedah kepada pengoksidan hasil daripada radikal bebas. Antioksida yang boleh ditemui dalam kebanyakan buah-buahan,sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian yang membantu meneutralkan radikal bebas. Apabila anda mengambilnya dalam kuantiti yang cukup, ia akan memberi perlindungan kepada bahagian-bahagian otak termasuk hippocampus-pusat memori.

2/Beri biru
Dapat meningkatkan isyarat neuron yang membawa mesej yang lebih baik diantara sel saraf. Sesetengah cawan setiap hari dapat membekalkan khasiat sepanjang hari.

3/Telur
Salah satu makanan yang mengandungi kaolin, kompaun yang seakan-akan vitamin yang diperlukan sel untuk berfungsi dengan betul. Telur sangat penting diambil oleh golongan ibu mengandung kerana ia membantu proses pembesaran otak anak dalam kandungan mereka.

4/Bawang putih
Mampu mengekalkan fungsi otak dan membantu menurunkan kadar kolestrol, tekanan darah tinggi serta mengurangkan radang. Tiga faktor yang berkaitan dengan masalah jantung dan dementia. Untuk khasiatnya, makan seulas bawang setiap hari.

5/Epal
Membantu daya ingatan kerana epal mengandungi quarcetin dan anti oksida terutama pada bahagian kulitnya. Kandungan anti oksida yang tinggi di dalam sebiji epal dipercayai lebih efektif daripada vitamin C dan ia melindungi sel otak daripada kerosakan akibat pengoksidaan tubuh. Sebiji epal sehari cukup untuk menampung keperluan harian.

6/Kayu manis
Kajian mendapati bahawa, mengunyah gula-gula getah berperisa kayu manis dapat menambahkan daya ingatan jika sedang menghafal sesuatu jika dibandingkan dengan pengambilan gula-gula berperisa lain. Kayu manis dikatakan dapat menguatkan daya ingatan golongan tua kerana ia mengandungi kandungan anti-radang yang menguatkan daya ingatan otak sekiranya ditambah pada masakan. Kayu manis boleh diambil dalam menu yang mudah seperti ditambah pada hirisan buah-buahan,biji sarapan pagi,roti gandum, kopi dan juga sup.

7/ Multivitamin & Mineral
Otak merupakan organ tubuh yang kompleks dan memerlukan penjagaan rapi walaupun tidak dapat dilihat. Sebagai tambahan, ambil makanan tambahan ini untuk memastikan otak anda mendapat bekalan serta nutrien yang diperlukan mungkin tidak boleh didapati daripada makanan lain.

8/ Zat Besi
Darah manusia memerlukan zat besi yang mencukupi untuk membantu menyampaikan bekalan oksigen ke otak. Mereka yang kekurangan zat besi atau masalah anaemia (masalah darah) biasanya mempunyai kebarangkalian untuk menghadapi penyakit hilang ingatan. Keperluan yang disyorkan ialah adalah 18mg bagi lelaki dan wanita. 

9/Teh
Satu kajian yang dijalankan di England mendapati bahawa kandungan anti oksidan dalam teh hitam dan hijau dapat menghalang pembentukan plak yang membesarkan lagi kemungkinan  seseorang untuk mendapat penyakit dementia. Kajian juga menyarankan teh dapat menghalang komunikasi antara neuron dan sekaligus menengelamkan saluran memori otak. Sebaik-baiknya minum beberapa cawan teh sehari untuk menambahkan bilangan anti oksidan yang telah hilang.

No comments:

Post a Comment